LARIAN OBOR SUKAN SEA 2017

Pengalaman PMKL menyertai sebagai Pelari Obor Sukan Sea 2017 di WP Kuala Lumpur

Pada 14hb Ogos 2017, Larian Obor Sukan Sea 2017 di WP Kuala Lumpur diadakan. Persatuan Mendaki Kuala Lumpur terpilih bersama dua orang pelari obor ketika itu Addam Zaidi dan juga Adryyan Shah Ibnu Hajar turut mengikuti dan merasmikan dengan obor tersebut di dalam perkarangan sekolah . Pengalaman yang sangat berharga apabila dapat mewakili bersama-sama dengan YB Khairy Jamaluddin  untuk memegang obor itu.

Pada pagi itu, kami berkumpul di perkarangan sekolah dan membuat persediaan memasang “Zipline”. Tiba di sana kami melakukan senaman ringan sebelum memulakan acara larian obor. Setiap pelari diberi 100meter untuk berlari bersama obor sukan sea itu.

Tiba waktu adik Azzam Zaidi dan Adryyan Shah Ibnu Hajar memegang obor itu dan terus membawa bersama obor sukan sea itu ke hadapan dengan mengunakan “Zipline”. Perasaan sangat gembira dan gemuruh kerana itu kali pertama mendapat pengalaman sebegini. Kami bergilir-gilir memegang obor itu sehingga ke garisan penamat. Kami disambut dengan ramai pengunjung apabila kami selamat tiba di perkarangan sekolah.

Terima Kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana memilih kami sebagai salah satu menjadi Pelari Obor Sukan Sea 2017.

Tags :
Share This :

Recent News

Categories

Keep Updated to our News and Blog