SALAM MAAL HIJRAH 1443H

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1443H

Sempena tahun baru hijrah ini, kami dengan penuh tawaduk mengucapkan “Salam Maal Hijrah 1443H” atau “Awal Muharam” 1443H / 2020|2021 Masihi kepada seluruh umat Islam seluruh dunia dan Malaysia amnya.

Tema Maal Hijrah adalah “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”. Tidak dilupa kepada semua semua keluarga yang dikasihi dan rakan-rakan yang lain dikenali atau pun tidak dikenali. Salam kemaafan jika ada tersilap kata disepanjang salatulrahim dan perkenalan kita.

“Hijrah dituntut ke atas setiap Muslim. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan hijrah.

Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan”

Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah Taala dan Nabi Junjungan kita Rasulullah S.A.W. Kecintaan kita kepada Allah Taala Dan Rasulullah agar dapat di perkukuhkan.

Tranformasikan juga kehidupan kita supaya sempena Maal Hijrah ini agar segala amalan dan ketakwaan kita kepadaNya mendapat ganjaran pahala dan keberkatan.

Kami berdoa agar anda semua dilindungi oleh Allah Taala.

1 Muharam 1443H
10 Ogos 2021

Tags : Awal muharram 1443H, Maal Hijrah

Share This :

Recent News

Categories

Keep Updated to our News and Blog