Kursus Tali Tinggi (HR) Level 1

HIGH ROPE (HR) COURSE LEVEL 1

PENGENALAN

Bagi aktiviti-aktiviti tempat tinggi yang menggunakan kelengkapan peralatan keselamatan, Persekutuan Mendaki Malaysia telah mengkhususkan latihan / kursus bagi aktiviti flying fox dan abseil serta jumar diambil sebagai contoh yang boleh digunakan kepada lain-lain aktiviti. Ia adalah kerana setting kelengkapan peralatannya boleh digunakan kepada pelbagai aktiviti lain seperti river crossing, canyoning, via ferata, tree  climbing dan lain-lain lagi. Manakala permainan yang direka dalam aras tinggi pula adalah seperti post man walk, burma bridge, multy vine travers, cat walk, x cross dan pelbagai lagi.

Standard SEACF sport climbing level 1 pula adalah permulaan asas yang mesti dipelajari dan difahami sebelum mengikuti mana-mana aktiviti yang mengunakan peralatan keselamatan yang sama seperti alat keselamatan yang digunakan untuk pekerjaan, menyelamat, aktiviti lasak dan sebagainya dengan bentuk yang berbeza mengikut kesesuaian pengunaan dan juga pengeluaran sesebuah syarikat.

Persekutuan Mendaki Malaysia telah menggubal satu tatacara penggunaan dan ketetapan dalam aktiviti ini dan bertujuan menyelaraskan piawaian yang digunapakai bagi kursus-kursus yang dijalankannya. Walaubagaimanapun pengguna wajib menghadiri kursus ini bagi kefahaman, penerangan dan perlaksanaan agar ianya tidak disalahertikan. Penggunaan beberapa terma juga digunakan dalam pelajaran ini supaya selaras dengan aktiviti climbing yang digunakan di peringkat antarabangsa.

Kredit : Google

DEFINISI TALI TINGGI (HIGH ROPE)

Tali tinggi ataupun yang disebut sebagai high rope merupakan satu aktiviti yang dijalankan di kawasan tinggi dengan kaedah pengunaan tali atau kabel atau bahan-bahan lain dengan menggunakan peralatan keselamatan yang dapat membantu seseorang daripada terjatuh dari tempat aktiviti tersebut ataupun mengelak daripada berlaku sebarang kecederaan semasa aktiviti tersebut dijalankan.